Home Servis Contact Request Links Our Team Legal
Servis Kami Artikel
 

 

Perisian Sumber Terbuka Untuk Windows






Laman ini di Internet

http://groups.yahoo.com/group/haris/message/186 

http://www.mtusempoi.org/phpBB2/viewtopic.php?t=2855 


Perisian sumber terbuka adalah perisian dengan perlesenan yang

mahukan perisian disebarkan dengan kodnya terbuka, boleh didapati,

dilihat  dan diubah asalkan ia disebarkan semula dengan perlesenan

sumber terbuka yang sama.


Disamping itu perisian perlulah mudah didapati dan tidak dihadkan

pengedaran dan salinan. Keterangan lanjut boleh didapati di 


http://www.opensource.org/ 


Terdapat pelbagai jenis perlesenan di dalam perisian sumber terbuka.


Sebagai pengguna, perkara paling penting adalah, perisian sumber

terbuka boleh didapati dengan percuma dan dengan perlesenan yang

percuma. Ia juga boleh disebarkan dan disalin seberapa banyak yang

boleh tanpa sekatan perlesenan.


Walaupun perisian sumber terbuka tidak didatangkan dengan sokongan

rasmi. Namun ramai pengguna perisian sumber terbuka telah mewujudkan

pelbagai forum perbincangan dan laman perisian sumber terbuka

itu sendiri mempunyai pelbagai dokumen sokongan dan forum.


Masalah boleh diselesaikan dengan bantuan dokumen perisian sumber

terbuka atau mengutarakannya dalam forum-forum komputer dan Internet.


Walaupun ia melibatkan usaha sendiri namun ianya masih percuma,

sesuai dengan konsep sumber terbuka itu sendiri. Digalakkan

carian dilakukan dahulu seperti di enjin pencari

http://www.google.com/, membaca dokumen dan barulah soalan

diutarakan.


Jika bahasa menjadi masalah beberapa forum hasil warga Malaysia 

boleh dikunjungi untuk mengutarakan soalan. Antaranya


http://www.ittutor.net/ 

http://www.mtusempoi.org/ (Ruang sumber terbuka)

http://www.mysig.org.my/ (Ruang forum)


Untuk menggalakkan pengguna komputer Malaysia menggunakan perisian

yang asli tetapi dengan budjet yang terhad. Pengguna komputer 

Malaysia digalakkan sekurang-kurangnya membeli lesen sistem operasi

Windows. Hentikan penggunaan perisian cetak rompak kerana ia adalah

tanda sokongan kepada penjenayah.


Dengan Windows yang asli, perisian sumber terbuka yang percuma

yang boleh dipasang dalam komputer anda.


___________


Open Office

___________


Ini adalah pakej perisian yang mampu bersaing dengan perisian

Microsoft Office. Open Office adalah pekaj perisian yang mengandungi

perisian pemprosesan perkataan (seperti MS Words), "spreadsheet"

(seperti excel), perisian persembahan (seperti Powerpoint).


Tidak perlu diterangkan lagi, Open Office mampu menggantikan

penggantungan kepada Microsoft Office. Muat turun di 


http://www.openoffice.org/ 


Untuk manual dalam Bahasa Melayu

http://opensource.mimos.my/?main=mimos/OO-manual 


Jika mahukan versi Open Office yang mempunyai sokongan rasmi dan

dengan pelbagai penambahan. Dapatkan maklumat Star Office di laman


http://malaysia.sun.com/contact/ 


http://wwws.sun.com/software/star/staroffice/index.html 


Perlesenan StarOffice adalah berlainan daripada OpenOffice walaupun

ia berasaskan OpenOffice. Ia juga mempunyai harga perlesenan. Namun

ia jauh lebih murah daripada Microsoft Office.


_______


Mozilla

_______


Walaupun Microsoft Windows didatangkan dengan Internet Explorer untuk

pelayaran Internet dan Outlook Express untuk mendapatkan email namun

timbulnya pelbagai masalah keselamatan komputer yang mengakibatkan

torjan tersebar dengan mudah, maka pengganti perlu dicari dan

digunakan.


Secanggih mana perisian anti-virus, namun ia masih tidak dapat

melindungi pengguna komputer, jika pengguna komputer masih lagi leka

untuk mengambil langkah-langkah keselamatan. Cara yang terbaik adalah

dengan mengurangkan risiko itu dengan menggunakan perisian yang

kurang risiko. Mozilla adalah pilihan yang baik.


Pakej perisian Mozilla didatangkan dengan perisian pelayaran

Internet, perisian mendapatkan email dan perisian membina laman.


Jika mahu kurangkan risiko trojan dan virus, mahukan perubahan

dan pelbagai keistimewaan lain, dapatkan mozilla di 


http://www.mozilla.org/ 


_________________


ClamWin AntiVirus

_________________


ClamWin adalah perisian antara muka Windows kepada perisian anti

virus

dengan perlesenan sumber terbuka iaitu ClamAv http://www.clamav.net/ 


Clamav adalah perisian antivirus yang dbina untuk Unix dan Linux

bertujuan untuk menjadi perisian depan dalam menangani masalah

virus dan trojan dalam email-email. Kini ia diusahakan dalam Windows.


Walaupun ia masih tidak mempunyai pengesanan masa benar dalam memori,

namun keupayaan untuk membuat pengesanan dalam cakera keras adalah

setanding dengan perisian anti virus yang lain. Malah nilai tambahan

untuk Outlook turut disertakan. Ini merupakan satu keperluan

kepada pengguna Outlook kerana kelemahan Outlook menyebabkan torjan

dan virus mudah tersebar.


Kemas kini untuk pangkalan data anti virus boleh didapati secara

percuma dan sentiasa dikemas kini dan ia boleh dilakukan secara

automatik dan berjadual.


Fungsi lain kini dalam pembangunan dan ia tidak akan mengambil masa

yang lama untuk dimasukkan ke dalam ClamWin.


Tidak rugi memilikinya dan tidak rugi menggunakan ia menggantikan

perisian anti virus yang lain. Untuk mendapatkan ClamWin lawat


http://sourceforge.net/projects/clamwin/ 


Dipetik daripada laman ClamWin :-


Front-end (Microsoft and Gnome) to Clam Antivirus

(http://www.clamav.net). Includes scheduler, virus database updates,

standalone scanner,  context menu integration to MS Windows Explorer

and Addin to MS Outlook. Also features All-In-One MS Windows Setup.


--- Iklan ---


Dapatkan SMS Yang Cool Dan Sempoi

http://smssempoi.iscool.net/ 


Dapatkan Email yang percuma sempoi dan cool di 

http://emailsempoi.iscool.net/ 


--- Iklan ---


_________


Seven Zip

_________


Banyak fail yang dimuat turun di Internet adalah digabung dan

dimampatkan dengan format fail zip. Ada pelbagai perisian yang boleh

digunakan antaranya Winzip dan Zip Central. 7-Zip adalah perisian

sumber terbuka yang dapat menggantikan perisian yang lain sejenisnya.


Ia menyokong pelbagai format seperti 7z, ZIP, CAB, RAR, ARJ, GZIP,

BZIP2, TAR, CPIO, RPM and DEB.


Pengguna boleh mencuba format yang baru 7z, ratio mampatan lebih baik

daripada format yang lain. Format 7z diandaikan 30-50 peratus lebih

baik daripada format zip.


Dapatkan ia di 

http://sourceforge.net/projects/sevenzip/ 


__________


PDFCreator

__________


Bagi yang mencari cara untuk menjadikan dokumen yang ada dalam bentuk

PDF, PDFCreator adalah cara yang mudah untuk melakukannya. Apabila

PDFCreator dipasang ia akan menjadi "Queue Printer" dalam Windows.


Ini bermakna semua perisian yang boleh mencetak boleh menghantar

dokumen ke queue ini dan menjadikan ia sebagai fail PDF. Ia seperti

membuat cetakan. disamping itu juga pilihan untuk melindungi fail

PDF daripada dicetak, disalin atau diubah.


Muat turun PDFCretor di 

http://sourceforge.net/projects/pdfcreator/ 


_____


WinPT

_____


Windows Privacy Tool (WinPT) adalah perisian yang digunakan untuk

merawakkan fail atau kiriman Email. WinPT merupakan perisian muka

depan Windows bagi perisian GNUpg. Bila kandungan fail dirawak

ia menyukarkan usaha untuk mendapatkannya dan memerlukan kata lepas

dan kunci rawakan yang betul.


Fahami isu rawakan dengan melawat laman GNUpg di 

http://www.gnupg.org/ dan dapatkan WinPT di http://www.winpt.org/ 


_______


HTtrack

_______


http://www.httrack.com/ 


Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan dalam muat turun

laman ke cakera keras komputer. Salah satunya adalah Httrack.


Httrack merupakan perisian sumber terbuka yang boleh didapati di 

tapak laman http://www.httrack.com/ . Ia membolehkan muat turun

tapak laman Internet ke "folder" atau direktori anda, ia membina

semula direktori yang diperlukan oleh tapak laman itu, mendapatkan

fail-fail HTML dan gambar-gambar grafik. Httrack akan menyusun

fail-fail yang telah dimuat turun seolah-seolah laman itu

dilayari di Internet. Ia umpama membuat salinan cermin kepada

tapak laman yang anda pilih.


Httrack juga boleh mengemas kini laman yang telah diambil dan

menyambung semula muat turun yang tidak lengkap.


________


TightVNC

________


Ini adalah perisian yang memboleh kawalan Desktop Windows

dan X-Windows dilakukan daripada kawalan jauh melalui sistem

rangkaian. Dengan ini tugas-tugas selesaian masalah komputer 

boleh dijalankan daripada jauh tanpa perlu juruteknik komputer 

berada di depan komputer. Lawat laman ini untuk keterangan lanjut


http://www.tightvnc.com/ 


_____


Linux

_____


Linux merupakan sistem operasi yang mampu bersaing dengan Microsoft

Windows sama ada untuk "Desktop" dan juga "server". Linux didatangkan

dengan perlesenan General Public License, salah satu perlesenan

sumber terbuka. Perlesenan ini adalah percuma dan ianya bebas

untuk disalin dan diedarkan tanpa sekatan perlesenan.


Memasang Linux merupakan satu langkah besar yang membolehkan

pengguna komputer menggunakan sepenuhnya perisian sumber terbuka.


Pelbagai distribusi Linux wujud dan ianya mudah didapati. Dengan

sedikit bayaran kos CD dan penghantaran CD Linux seperti distribusi

Mandrake, Red Hat, Debian Suse, Slakware dan pelbagai lagi boleh

berada ditangan tanpa perlu muat turun yang besar dan lama.


Dapatkan CD Linux di 


http://www.iusahawan.com/ 

http://www.mysig.org.my/ 


Menggunakan Linux merupakan satu langkah besar. Dapatkan kursus

Linux di Pertubuhan Pakar ICT Malaysia di 


http://www.mysig.org.my/ 


Keterangan lanjut Linux boleh dirujuk di 


http://linuxmalaysia.tripod.com/ 


______


CYGWIN

______


CYGWIN http://www.cygwin.com/ adalah perisian yang dibangunkan

untuk membawa perisian sumber terbuka (Open Source) yang

dibangunkan dalam Linux dan Unix ke dunia Windows. CYGWIN

menyediakan keadaan seperti Unix/Linux dalam Windows yang

membolehkan pelbagai perisian sumber terbuka dibina semula

dan dijalankan dalam Windows dengan CYGWIN.


Nota pemasangan CYGWIN dalam bahasa Melayu boleh dirujuk

disini.


http://www.geocities.com/moodlelinux01/ 


______


BZflag

______


BZFlag adalah permainan tank 3D untuk sistem rangkaian. Ia

boleh dijalankan dalam Linux, Windows, Irux,*BSD, Mac OS X dan

pelbagai. Lawat laman ini untuk maklumat lanjut


http://www.bzflag.org/ 


----


Bincangkan penggunaan perisian sumber terbuka di 

http://www.mtusempoi.org/ Bilik Sumber Terbuka.


Diharapkan artikel ini dapat membantu dalam penggunaan komputer 

dan Internet dengan lebih baik. Ada beribu-ribu perisian

sumber terbuka yang masing-masingnya boleh disesuaikan dengan

kehendak pengguna komputer. Lawat laman Sourceforge


http://www.sourceforge.org/ untuk mencari perisian sumber

terbuka yang sesuai.


Bagi artikel lain sila sertai senarai email terhad Haris di 


http://groups.yahoo.com/group/haris atau email kepada

haris-subscr...@yahoogroups.com


Penulis boleh dihubungi melalui email


hafnie @ mtusempoi dot org


Harisfazillah Jamel

http://www.geocities.com/lovhafnie 


v 1.01 17MAY04


Hakcipta Harisfazillah Jamel 2004

http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/ 


Linux - Sistem Operasi Masa Hadapan


- ----


Linux Malaysia 

http://www.geocities.com/linuxmalaysia 


.